Posts

Resepi Cekodok Pisang

Image
Pejam celik pejam celik dah Jumaat ke 3 kita duduk kat rumah. Bagi mak-mak yang di rumah tu mesti dah buntu tak tau nak masak apa.  Anak-anak pula dah macam tak boleh berhenti makan. Nak kata tak ada aktiviti, macam-macam yang boleh dibuat. Mungkin terlebih bosan agaknya. Serupa macam anak-anak Keknis. Sepanjang masa minta makanan. Petang ni hujan pula. Terasa sedap saja kalau dapat cekodok pisang dengan air kopi panas. Fuh, meleleh terus air liur kat tepi bibir ni. Terus Keknis pergi ke dapur membancuh cekodok pisang. Mujur semua bahan ada. Meh Keknis kongsikan resepinya. CEKODOK PISANG 5 biji pisang berangan yang dah lembut 8-10 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar gula  Sedikit garam Minyak untuk menggoreng Mula-mula lenyekkan pisang sehingga hancur. Kemudian, masukkan semua bahan lain kecuali minyak dan gaul rata. Boleh guna sudu atau guna tangan saja.  Panaskan minyak di dalam kuali di at

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 - I-Lestari

Image
Sekejap saja dah masuk 2 minggu kita 'bercuti'. Bercuti daripada kesibukan kerja, bercuti daripada berkejaran sepanjang hari. Entah apa yang dikejarkanlah tu.. Sepanjang 2 minggu ini jugalah ramai yang melakukan aktiviti di dalam rumah. Melayan anak-anak, mengemas rumah dan tak kurang juga yang cuba bakat memasak resepi baru. Semalam Keknis memang tak boleh nak tidur. Entah kenapa, Keknis pun tak pasti. Jadi untuk kill the time, Keknis terus buat permohonan I-Lestari. Mudah, senang, cepat sebab semuanya secara online. Yang jadi susah kalau belum mendaftar nombor TAC di Kiosk KWSP. Memang perlu buat pendaftaran dulu. Tak sampai 5 minit dah siap pendaftaran. Moga-moga membantu perbelanjaan Keknis sekeluarga semasa cuti Perintah Kawalan Pergerakan ni. Terlintas pula kat hati ni nak screenshot setiap langkah pendaftaran I-Lestari ni untuk dikongsi dengan kawan-kawan yang lain. Alang-alang tak boleh tidur kan! Jadi pagi tadi lepas sol

Tingkap Rumah atau Tingkap Lokap? Mana Satu Pilihan

Image
Dah jadi semacam trend pula orang ramai sibuk nak berkeliaran walaupun ramai yang sudah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut laporan di akhbar Berita Harian , seramai 828 orang ditahan semalam sewaktu roadblock diadakan walaupun sudah 12 hari PKP berlangsung. Hai... degilnya!! Susah sangatkah nak mematuhi arahan 'duduk di rumah' ini? Mungkin ramai yang merasa 'sangap' ataupun bosan duduk di rumah tapi berbaloikah ditangkap semata-mata kerana bosan? Relakah didenda sebanyak RM1000 dan dipenjarakan semata-mata kerana keluar dari rumah semasa PKP ini? Semacam tak masuk akal pendirian mereka ini. Kita disuruh untuk duduk di rumah supaya penyebaran wabak Covid 19 ini dapat dibendung dan seterusnya kita boleh lebih awal keluar rumah dan beraktiviti seperti biasa. Malangnya ramai yang masih tak sedar risiko wabak ini walaupun berita dan informasi terkini mudah didapati di media el

Hikmah Di dalam Musibah

Image
Dah hampir 2 minggu kita semua berkurung di rumah masing-masing. Semuanya kerana wabak Covid 19 ni. Ada yang mengeluh, tak kurang juga yang stress kerana musibah ini. Benarkah ianya sekadar musibah? Atau sebenarnya ada hikmah yang tak terjangka di sebalik semua dugaan yang melanda manusia di seluruh dunia? Saban hari Keknis menonton berita di TV untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang wabak ini. Setiap kalinya jugalah Keknis dah kurang mendengar berita jenayah. Paling hebat pun berita tangkapan individu yang melanggar arahan PKP. Jenayah berkurangan dengan banyak sekali. Takut juga penjenayah dengan wabak ini ya! Kali ini juga Keknis nampak rakyat bersatu hati untuk membantu antara satu sama lain. Yang mampu kebanyakannya mencari cara untuk membantu yang kurang bernasib baik. Pada masa ini jugalah kita dapat meluangkan masa yang lebih berkualiti dengan keluarga. Semasa bekerja memang ta

Bersyukurlah Kerajaan Prihatin!

Image
Banyak perkara yang terkesan dengan wabak Covid 19 ni. Bukan sekadar ramai yang tak berdosa menjadi mangsa. Ekonomi rakyat dan negara pun teruk jadinya. Ramai yang kena kerja dari rumah, tak kurang yang disuruh ambil cuti tanpa gaji. Yang berniaga terpaksa menutup kedai, hatta pemandu teksi dan Grab pun kena bercuti! Bila dah tiada punca pendapatan, macam mana nak meneruskan kehidupan? Perut masih perlu diisi, bil-bil masih perlu dibayar. Di mana nak cari sumber kewangan lain? Jadi bila Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bantuan daripada kerajaan untuk menangani masalah kewangan rakyat dan negara ni, Keknis bersyukur sangat. Pengeluaran RM500 sebulan daripada akaun KWSP sangat membantu. Sekurang-kurangnya dapat membeli barang dapur untuk keluarga. Apabila Bank Negara mengeluarkan arahan kepada bank untuk membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman , rasanya ramai yang menarik nafas lega. Pinjaman kereta dan rumah, pinjaman peri

Minggu ke 2 Perintah Kawalan Pergerakan

Image
Assalamualaikum semua. Dalam tak sedar, dah 6 hari kita semua melalui Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi yang dah biasa bekerja, rutin ini sudah tentu sangat berbezakan! Keknis sendiri terasa kelainannya. Kalau sebelum ini, seawal jam 5.30 pagi sudah sibuk menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah dan bersiap untuk ke pejabat. Sekarang semuanya berbeza. Bangun pagi, solat dan dapat bertenang di atas sejadah. Berdoa semoga wabak Covid 19 ini segera berlalu. Ada jugalah hikmahnya. Melihatkan statistik kes baru yang semakin meningkat, Keknis berharap sangat agar rakyat Malaysia semuanya sedar yang wabak ini bukan suatu yang boleh diambil enteng. Setakat hari ini, sudah ada 14 kematian dan majoritinya melibatkan warga emas. Moga-moga statistik ini tidak bertambah lagi ataupun meningkat secara terlalu mendadak. Apabila di rumah, Keknis dan suami perlu memikirkan aktiviti yang bersesuaian untuk mengelakkan kebosanan melampau pada kami sekeluarga.

Dalgona Coffee

Image
Dah 5 hari terperap dalam rumah dek Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia ni. Keknis okey je sebenarnya walaupun kadang-kadang sangap juga. Tapi bagus sebenarnya sebab masa-masa macam ni lah yang boleh dimanfaatkan untuk buat banyak benda lain di rumah yang kita tak boleh buat bila sibuk bekerja. Semalam masa berborak di WhatsApp dengan kawan-kawan di ofis lama, Keknis terbaca tentang kopi viral yang diberi nama Dalgona Coffee . Apa yang sedap sangat dengan Dalgona Coffee ni? Seperti biasa, Keknis akan merujuk pada pakar yang boleh Keknis percayai iaitu Pakcik Google. Laaa.. kopi susu je rupanya. Tapi teknik membuatnya tu yang buatkan kopi ni viral. Rasa belum tahu sedap atau tak sebab tak pernah cuba buat lagi. Cuma daripada apa yang Keknis tengok di Youtube, agak remeh sedikit la cara nak membuat kopi ni. Mungkin nampak berbeza dan itu yang membuatkannya viral. Kopi segera yang dicampurkan dengan gula dan air panas dan diputar menggunakan mixe